Thursday, 18 April 2013

Sinopsis Benci Tapi CINTA

Disebabkan hutang papanya Izni Amira dengan daddy Kairi Iskandar, Izni terpaksa berkahwin dengan Kairi bagi melangsaikan hutang papanya. Dia rela berkorban apa saja untuk keluarganya, walaupun itu semua melibatkan masa depannya sendiri.

 '' Baby, papa minta maaf sebab buat baby macam ni tapi papa tak ada pilihan lain selain menikahkan baby dengan Kairi,"luah Encik Shahril sayu.

 '' Kenapa semua keluarga kau panggil kau baby? Baby tuu macam budak-budak je, sama dengan muka kau yang macam budak-budak tuu. " ~ Kairi Iskandar

Eleh, mamat ini. Suka hati aku la, papa nak panggil apa pun bukan masalah dia pun. '' Sebab aku ni kan anak bongsu papa, so papa panggil aku baby la. ke kau pun nak papa panggil kau baby. " ~ Izni Amira

 " Sayang, sebenarnya abang dah lama nak cakap yang abang dah jatuh cinta dekat sayang tapi abang nak tunggu masa yang tepat dulu..tup-tup dah terlepas cakap." ~ Kairi Iskandar

 "Kata benci tapi kenapa cakap cinta..kalau dah cinta, cakaplah cinta.." ~Izni Amira

 " Mira, I tetap akan tunggu you walaupun you dah jadi isteri orang " ~ Syazwan

Tak sangka dalam benci ada juga cinta. Kalau Izni memilih Kairi, bagaimana pula dengan Syazwan yang sentiasa meraih cinta Izni walaupun dia tahu Izni ialah hak orang lain? Siapakah yang akan Izni pilih? Kairi atau Syazwan?

Saturday, 13 April 2013

Benci Tapi CINTA- BAB 1

AWAN yang mendung menandakan hari hendak hujan dan tidak lama kemudian turunlah hujan seperti air mata yang membasahi pipi. Hatinya gusar memikirkan hal yang diberi tahu oleh papanya sebentar tadi. Angin yang sepoi-sepoi seperti mengusap pipinya itu cukup mendamaikan hatinya yang sedang kegusaran. Dia mengeluh seketika sambil menarik nafas, lalu dihembus kembali nafas itu. Dia duduk dibalkoni sambil memandang langit yang gelap, lalu fikirannya berputar kembali pada hal yang dikatakan oleh papanya itu.


 “Baby, baby kena tolong papa. Syarikat papa sedang ada masalah sekarang ni, cuma baby je yang papa ada buat masa sekarang,” luah Encik Shahril.


 “ Kenapa mesti Baby pulak, abang Im kan ada. Papa suruh je abang Im buat, kan senang. Lagi pun, Baby mana tahu kerja-kerja kat syarikat tu,”balas Izni lembut.


 “Baby jangan risau, papa tak suruh Baby buat kerja kat syarikat tu pun tapi papa nak Baby kahwin dengan anak kawan papa. Boleh tak?,”tanya Encik Shahril seakan memujuk.


“What! Kahwin? Papa nak Baby kahwin dengan siapa? Baby tak kenal dia pun papa. Lagipun, Baby muda lagilah dan kenapa Baby nak kena kahwin dengan dia pulak?,”tanya Izni bertalu-talu. Tidak mungkin dia mahu mendirikan rumah tangga dalam usia semuda ini. Umurnya baru hendak masuk 24 tahun dan dia sudah berjanji pada dirinya yang dia tidak akan mendirikan rumah tangga selagi umurnya tidak mencecah 26 tahun, apatah lagi bersama dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu. Apa pandangan rakan-rakannya jika dia berkahwin dalam usia semuda ini? Pasti rakan-rakannya akan menyangka yang dia sedang mengandungkan anak haram dan disebabkan itu dia dinikahkan oleh ibubapanya bagi menutup malu. Oh, tidak!


“ Sebenarnya, papa ada berhutang dengan syarikat daddy Kairi. Papa cakap, bila papa ada duit nanti papa nak ganti balik hutang mereka tapi daddy Kairi tak bagi papa bayar sebab dia nak Baby kahwin dengan anak dia. Dia kata, anak dia tu sampai sekarang tak nikah-nikah. So, dia ambil keputusan untuk nikahkan Baby dengan anak dia. Papa tengok Kairi tu okay je. Dah lah handsome, baik pulak tu. Sesuai dengan anak bongsu papa ni,”luah Encik Shahril sambil bergurau dengan Izni.


 “Baby tak kisah semua tu, yang pentingnya Baby tak nak kahwin!,”bentak Izni geram sambil berlari memanjat tangga lalu dihempas kuat pintu biliknya.


Bunyi guruh yang kuat telah mematikan lamunannya. Serta-merta wajah papanya hilang dari kotak fikirannya. Sebelun dia memanjat katil, sempat lagi hatinya berkata. “Kalau aku tak selamatkan syarikat papa, siapa lagi yang nak selamatkam syarikat papa?”. Dia benar-benar berada didalam dilema. Malam itu, dia tidur dengan hati yang gusar. Semoga hatinya kuat untuk menghadapi semua ini, doanya Izni.



DI suatu tempat yang agak terselindung, Kairi melihat ada seorang wanita yang sedang tersedu-sedu menangis. Apa yang menyebabkan wanita itu menangis. Pasti wanita itu sedang mengenangkan nasib diri yang dihadapinya, sama seperti dia. Dia pun pergi mendekati wanita itu untuk menanyakan kenapa wanita itu menangis. “Assalamualaikum, awak okay ke?,”tanya Kairi lembut. Namun, petanyaan yang diajukan untuk wanita itu dibiarkan tidak berjawab. Tidak lama kemudian wanita itu menjawab petanyaan Kairi.


 “Waalaikumusalam,”jawab perempuan itu lalu kembali seperti tadi.


 “Awak tak takut ke malam-malam duduk sorang-sorang dekat sini? Kenapa awak menangis? Kalau awak tak kisah saya boleh hantarkan awak pulang? Rumah awak dekat mana? Nama awak siapa?,”tanya Kairi bertalu-talu tanpa memikirkan perasaan orang disebelahnya.


Disebabkan petanyaan yang diajukan oleh Kairi tidak berjawab, dia pun menanyakan soalan yang sama seperti tadi. Baru sahaja dia hendak membuka mulut, wanita itu sudah memotongnya.


 “Awak tak perlu hantar saya sebab saya boleh balik sendiri. Nama saya Izni Amira,”jawab Izni malas.


 “ Hmm, sedap nama awak. Nama saya pula Kairi Iskandar. Nice to meet you,”beritahu Kairi sambil tersenyum riang.


  “Nice to meet you too,”balas Izni sambil memaniskan mukanya.


 “Saya nak panggil apa dekat awak?,”soal Kairi lembut.


 “ Apa-apa ja,”jawab Izni sepatah.


  “Hmm, saya panggil awak Izni. Okay tak?,”Tanya Kairi lagi.


  “ Hmm.. kalau nak biarkan mamat ni cakap, sampai esok pun tak habis. Lalu Izni mengambil keputusan untuk beredar dari tempat itu tanpa pengetahuan Kairi.


 Baru sahaja Kairi hendak menoleh memandang Izni untuk menanyakan sesuatu tetapi Izni sudah tidak ada di tempat itu. “ Terlepaslah aku,”bisik hati Kairi.