Thursday, 24 November 2016

I'm so sorry

Ada seorang perempuan ini 2 tahun dia menghilangkan diri. Puas aku cari dia tak jumpa-jumpa. Aku happy aku teringat dia. Aku sedih aku teringat dia. Kami pernah sama-sama share masalah. Aku dengar sekarang perempuan tu dah berpurdah dan sekarang sedang mencari redha ilahi. Alhamdulillah, tapi masalahnya aku masih tak jumpa dia.

Sampai satu masa aku tertarik untuk sekodeng wall seorang hamba Allah ini di facebook. Aku tengok semua gambar perempuan ini walaupun dia berpurdah. Mata itu. Mata itu, aku kenal sangat. Adakah seseorang yg ku rindui itu. Sebab takut salah org aku pun hntar laa chat kat dia.

"Siapa dirimu disebalik purdah itu? Kau seperti seseorang yg kurindui."

Tapi entah knapa dia balas chat aku dengan sepatah perkataan iaitu "terima kasih".

Hairan aku. Bila aku tanya nama penuh dia. Terus aku menangis sebab aku tak salah org. Tak sangka Allah dah makbul doa aku untuk berjumpa dia walaupun dilaman sosial. Aku tetap bersyukur. Dan sekarang terciptalah group hainis. Sorang takde tak lengkaplah hainis. Semoga persahabatan ini kekal hingga ke jannatul firdaus.

Ini adalah status aku dekat facebook setahun yang lepas. Ya Allah, aku rindu sangat kat dorang.

Dulu selalu jugak share masalah bersama. H***, A***..  I'm miss you a lot.. Aku harap sangat persahabatan kita tidak terhenti disini.

One day aku rasa nak update status kat Facebook.

'Aku bahagia kawan-kawan aku bahagia. Tapi bila hati kau terluka carilah Allah. Salam ukhwah fillah."

Dorang tanya aku kenapa update status macam tu?

"Kalau ada buat salah , sory ah. "

Mana ada. Along dgn angah yg buat acu happy slalu. " 😃

By the way, masa tu aku rasa akan jadi apa-apa. Tidak buat group kami 3 orang je. Makin lama makin bertambah and buat aku rasa tak selesa. Tak lama lepas tu semua group bubar. Fade up  😤 kawan-kawan berpecah.

Tapi Alhamdulillah sekarang semua dah okay. Tapi antara kami bertiga ada yg jatuh. Aku tak bole tengok dia sedih. Hati aku sakit. Kalau bole aku nak kawan aku nie happy je. Tapi siapa aku nak menolak takdir.

Aku sangka bahagia itu akan terus bahagia rupanya sangkaan aku meleset. Beberapa bulan selepas itu masing-masing sambung belajar. Aku dan H***. H*** sambung belajar di selangor manakala aku masih stay kat kedah. Aku study kat sini jer. Bila kawan aku pegi sana. Aku dapat rasakan perubahan dia. Dia dah pandai dah keluar malam-malam dengan lelaki. Padahal dulu dia tak macam tu. Dia duduk sana culture shock.. Sedih aku tengok dia. Aku rindu dia yang dulu. Hari demi hari.. Aku semakin dilupai. Takpe, aku faham dia bakal nurse mesti laa busy. Satu jer aku harap. Persahabatan ini akan terus baik macam dulu....

The only one daisy,
Dea

No comments:

Post a Comment