Sunday, 14 May 2017

Stress

15/05/2017
1:10 Pm

The only one daisy...

Hari nie Dea rasa stress sangat. Serabut semacam nie. 2 days Dea tak pegi sekolah. Opss, jangan ingat Dea budak arus perdana ehh. Dea sambung praU. Dah 19 tahun dah pun. Dah dua hari dah jadi 19 tahun. Happy old days Dea.. wakakaka.. Dua hari Dea tak buka whatsapp and tak reply chat kawan. Geng, I'm so sorry. Dea tak sengaja tapi Dea perlukan ruang dan waktu. Waktu untuk bersendirian. I off my phone sebab tak nak orang call. Dea tak kuat. Sungguh saat nie Dea terlalu rapuh. Dea rasa down sangat. Dea nak je berterus terang tapi bibir ini seakan terkunci. Dulu Dea cakap aku tak perlukan kawan untuk ceritakan semua masalah aku. Allah kan ada. Tapi Dea lupa.. Allah juga hantar pertolongan melalui hambanya.

Actually, Dea rasa geram dengan diri Dea. Kenapa ramai cakap Dea berubah. Dea tak tahu apa yang berubah. Tapi jujur Dea cakap Dea taknak semua ini berlaku. Dea rindukan suasana yang dulu. Hmmm tapi apakan daya. Semua tu dah jadi sejarah. Bestfriend Dea selalu cakap. Dia rindu Dea. Bila Dea tanya "Kenapa kau cakap mcm tu?" Dia cakap "Kau sekarang dah berubah. Banyak bersendirian. Banyak diam and selalu sepikan diri. Aku rindu kau yang dulu." Sebak Dea dengar dia cakap mcm tu. Sorry kawan. Bukan niat Dea nak buat mcm tu. Dea tak tahu mcm mana nak kembalikan balik semangat Dea yang dulu tu. But I try.

Kawan-kawan, maafkan Dea sebab menghilangkan diri. Dea perlu masa. Dea nak cari diri Dea yang dulu. Tapi andai kata raya nie Dea balik perak. Dea tak nak stay kedah dah. Doakan hati Dea lembut untuk stay kat kedah nie. Mak Dea cakap Dea cuba melarikan diri dari hadapi semua benda ini. Hmmm.. ya Allah Dea. Kerasnya hati kau. Mana kau yang dulu.. ahhhhhh.. stress mohon berambussss..